Pada tarikh 25/2/2012 (Sabtu, jam 8.00 -12.30 pagi) bertempat di Dewan Wawasan SMTM Melaka telah diadakan kursus keselamatan dan kesihatan dalam Kejuruteraan Awam bagi semua pelajar tingkatan dan tingkatan 5 PKA. Kursus ini bertujuan memberi pendedahan dan kesedaran kepada pelajar-pelajar kejuruteraan awam betapa pentingnya konsep keselamatan dan kesihatan dalam diri, keluarga, kumpulan, pembelajaran dan kerjaya mereka. , konsep ini diterapkan supaya mereka dapat mengamalkan amalan keselamatan dan menjaga kesihatan dalam semua aspek kehidupan.
Sebagai pelajar-pelajar kejuruteraan awam yang belajar m/p PKA dalam tajuk keselamatan dan akan terlibat secara langsung dalam kerjaya kejuruteraan awam kelak, contoh-contoh kemalangan di tapak bina yang sering berlaku amat menyedihkan lagi menyayat hati kepada mereka dan keluarga mereka yang terlibat dalam kemalangan dan kecelakaan tersebut. Kerugian juga bukan sahaja ditanggung oleh pihak majikan tetapi juga kepada ahli keluarga yang terlibat apabila kemalangan ini membawa kepada kematian atau kehilangan anggota secara kekal dan total.Kursus ini diharap akan membuka minda mereka betapa kelalaian diri sendiri boleh mengakibatkan kecelakaan kepada banyak pihak dan mereka disyorkan agar lebih berhati-hati dan cermat dalam setiap pekerjaan dan amalan yang dilakukan dalam kehiduan seharian.